Khamis, 30 Januari 2014

Alhamdulillah Ala' Kulli Hal

Assalamualaikum,

Alhamdulillah di atas segala ketentuan yang telah Allah berikan kepada diri ini buat sepanjang nikmat hidup dan rezeki yang halal..Sudah lama sangat dah ni agaknya tak update blog ni :D

   Segala kenangan pada tahun 2013 ini amat bermakna buat diriku .. Aku bukanlah seorang pelajar yang begitu pandai dalam pelajaran.. Terdapat banyak kekurangan yang tidak dapat dielakkan dalam diriku ini..

  Buat pengetahuan umum, keputusan peperiksaan aku pada tahun lepas amat menduka citakan.. Tetapi pada tahun ini.. aku telah berhasrat untuk mengejar semula pelajaran yang telah aku ketinggalan selama ini..

  SMA tahun lepas memang amat mengejutkan diriku ini.. Sekian lama aku gagal dalam sepanjang peperiksaan tahun lepas.. Akhirnya, mencapai ke tahap kepuasan jua akhirnya.. "Alhamdulillah" hanya itu yang mampu diluahkan diatas kejayaan yang diterima itu dikaitkan juga dengan usaha ku selama ini. Biasa yang ku usahakan..Biasa jugalah hasilnya yang dapat dicapai..

   Alhamdulillah Ya Allah.. diatas segala doaku yang telah kau makbulkan selama ini. :D

Tiada ulasan: