Hadith






 Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata : Adalah Rasulullah saw. menggalakkan
qiyamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka
beliau bersabda : Barang siapa yang
shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka
diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama'ah 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab kepimpinan dan kiamat
عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِى وَقَّاصٍ قَالَ
لَتَبْتُ إِلَى جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ مَعَ غُلانِى
نَافِعٍ أَنْ أَخْبِرْنِى بِشَئٍ سَمِعْتَهُ
مِنْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ فَلَتَبَ إِلَيَّ سَمِعْتُ رَسُولُ الله
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَومَ جُمُعَةٍ
عَشِيَّةَ رُجِمَ الاسْلَمِيُّ يَقُولُ
لايَزَالُ الدِّيْنُ قَائِمَا حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ
اَوْيَكُونَ عَلَيْكُمُ اثْنَا عَشَرَ خَلِيْفَةً كُلُّهُمْ مِنْ
قُرَيْشٍ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ عُصَيْبَةٌ مِنَ المُسْلِمِينَ
يَفْتَتِحُوْنَ الْبَيْتَ الابْيَضَ بَيْتَ كِسْرَى
أَوْ آلِ كِسْرَى وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ اِذَا أَعْطَى
اللهُ أَحَدُكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَا بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ
وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ أَنَا الْفَرَطُ عَلَى الْحَوْضِ
Dari Amir bin Saad bin Waqash r.a. katanya :
"Saya menulis kepada Jabir bin Samurah bersama seorang
pemuda bernama Nafi, isinya : "Hendaklah engkau beritakan
kepadaku, sesuatu yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w.
Lalu dibalas surat itu, dengan menyebutkan :
"Saya mendengar Rasulullah s.aw. Lalu dibalasnya surat
itu , dengan menyebutkan : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda di hari Jumaat waktu petang, ketika seorang dari suku
Aslam dirajam, kata beliau : "Sentiasa agama (Islam)berdiri
tegak sampai kiamat terjadi, atau memerintahi kamu dua belas
orang khalifah, semuanya daipada kaum Quraisy." Dan saya
mendengar beliau bersabda : "Sekumpulan kaum muslimin akan
menakluk Rumah Putih, Istana Kisra (Raja Parsi) atau keluarga
Kisra". Dan saya mendengar beliau bersabda : "Sesungguhnya
sebelum kiamat terjadi, ada beberapa pembohong besar,
maka waspadalah terhadap mereka,". Saya mendengar
beliau bersabda : "Apabila Allah mengurniakan kebaikan
(kekayaan) kepada salah seorang daripada kamu, maka
hendaklah dimulai mempergunakan untuk dirinya, dan keluarga
rumahtangganya". Saya dengar beliau bersabda : "Akulah orang
yang pertama  datang ketelaga (unuk mempersiapkan
minuman bagi orang-orang yang beriman di hari kiamat)."
Hadis sahih riwayat Muslim

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAB ILMU
Bab sikap ghibthah dalam ilmu
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنُ مَسْعُودُ قَالَ
آلنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
لا حَسَدَ اِلا فِى آثْنَتَيْنِ
رَجُلٌ آتَاهُ اللهُ مَا لا فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِى الحَقِّ
وَرَجُلٌ آتَاهُ الْحِكْمَةَ فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيَعُلِّمُهَا
Dari Abdullah bin Masud r.a. katanya :
"Tidak boleh ada kedengkian dalam hati setiap muslim dan mukmin
melainkan dua macam, iaitu orang yang dikurniakan oleh Allah
akan harta , kemudian ia menggunakannya sampai habis
pada jalan kebenaran dan orang yang dikurniakan Allah kebijaksanaan
kemudian memutuskan dengan bijak terhadap  segala hal
yang dihadapi dan ia suka mengajarkannya
Hadis sahih riwayat Bukhari


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab Asas Iman dan Islam
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ
 بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ،
 لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ،
حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم
فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ:
 يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم
اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ  
وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ،
 فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ:
 فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ :
 أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ.قَالَ صَدَقْتَ،
  قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، :
قَالَ أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
 قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ،
 قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ.
قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا،
قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا
وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ
ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا
 ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ
 قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ
  [رواه مسلم]
Dari Umar r.a. juga dia berkata :
Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah saw suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki
 yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam,
 tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh
dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya.
Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi saw
lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah saw) seraya berkata:
 "Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?"
 maka bersabdalah Rasulullah saw: "Islam adalah engkau bersaksi bahwa
tidak ada Ilah (tuhan yang disembah) selain Allah,
dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah,
 engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu "
 kemudian dia berkata: " anda benar "
 Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang  membenarkan.
 Kemudian dia bertanya lagi: " Beritahukan aku tentang Iman "
 Lalu beliau bersabda: "Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,
rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk "
 kemudian dia berkata: " anda benar"

 Kemudian dia berkata lagi: " Beritahukan aku tentang ihsan "
 Lalu beliau bersabda: "Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah
seakan-akan engkau melihatnya,
 jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau".

Kemudian dia berkata: " Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)"
 Beliau bersabda: "Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya "
Dia berkata:  "Beritahukan aku tentang tanda-tandanya "
 beliau bersabda:  "Jika seorang hamba melahirkan tuannya
dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada,
 miskin dan penggembala domba, (kemudian)  berlomba-lomba meninggikan bangunannya "
 kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar.

 Kemudian beliau (Rasulullah saw) bertanya: "Tahukah engkau siapa yang bertanya?"
aku berkata: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui "
Baginda saw bersabda: " Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian
(bermaksud) mengajarkan agama kalian "
Hadis sahih riwayat Muslim
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berfikir Sejenak.
Berjihad adalah perjuangan kita untuk menegakkan syariat Allah ataupun mengagungkan Kalimah Allah S.W.T. Sama ada kita berjihad melawan musuh, melwn nafsu, melawan perasaan, dan pelbagai lagi yg brasaskn dgn menegakkan syariat Allah ataupun kebenaran, jika seseorang itu meninggalkan dunia fana, ianya sudah boleh digelar Mati Syahid.



Yang benar
adalah sebagaimana yang disebut  dalam  Sahih Muslim bahawa
mereka terdiri daripada lima golongan. Mereka adalah (i)  al-math’un,
iaitu orang yang mati kerana wabak ta’un yakni penyakit menular (ii) almabthun, iaitu orang yang mati kerana sakit perut (iii)  al-ghariq, iaitu
orang yang mati kerana tenggelam (iv) sahibul hadm, iaitu orang yang
mati ditimpa bangunan runtuh (v) orang yang mati di jalan Allah untuk
menegakkan kalimah Allah selain dalam peperangan.


Di situ kita boleh lihat bahawa orang yg mati di jalan Allah utk menegakkan kalimah Allah selain dlm PEPERANGAN. Itu bermakna, sekiranya kita bermujahadah melawan nafsu dan perasaan juga tergolong di dalam golongan para syuhada'. SubhanaAllah !! sungguh kita tidak sedar.. Kepada semua golongan manusia yg bergelar muslimin dan muslimat ! Marilah kita menegakkan kebenaran yg tlh pasti trlihat drpd hadith yg tlh dihuraikan diatas. Dimana remaja yg sering beranggapan sekiranya kita memendam perasaan trhdp kpd sesuatu pihak sama ada lelaki atau perempuan, tidak membawa faedah dan tidak membuahkan hasil. Wahai kawan-kawanku yg hanya menumpang di dunia Allah ini !! memang kita tidak mndpt balasan di dunia.. Tetapi yakinlah ! pasti ada ganjaran yg amt lumayan yg menanti mu kelak. Lebih baik kita hindari perbuatan yg keji dan maksiat di atas muka bumi Allah ! Memang kwn2 saya bnyk yg sudah terpesong dri jalan Allah.. Tetapi, saya yg bersekolah Agama dan yg telah trdidik dgn ajaran Quran dan Sunnah berasa amat bertanggungjawab ntuk mengubah nasib seluruh makhluk di pelosok2 bumi ini. Ada yg mengatakan Couple itu tidak haram la..dan tidak mendatangkan dosa la.. Menurut kajian yg ana pernah jumpa dlm tempoh 3 tahun ana berada di sekolah Agama ini, terzahirnya perasaan rindu trhdp brlainan jantina juga merupakan ZINA !! Apatah lagi dgn mulut manis kita, dgn ayt yg memesongkan akidah yg sering diungkap oleh setiap Couple yg berada di luar sana.. Nauzzubillah !! Wahai kawan2.. ana bkn berhak ntuk memaksa kpd kalian semua ntuk berubah secara mendadak.. Tetapi, ingatlah pd suatu hari nnti.. IbuBapa kita akn disoalkan tntng akhlak dn perlakuan kita di muka bumi ini. Klao kalian sume tidak menyayangi mereka, lakukanlah sepuas-puasnya wahai manusia yg bernafsukan Syaitan.. Ana tahu, ini semua disebabkan iman kita yg goyak dan lemah ntuk menandingi nafsu. Maka dengan itu, marilah kita mmprtingkatkan iman kita dgn prbnykkan beribadah kpd Allah S.W.T.Sekian. Assalamualaikum. :)