Assalamualaikum,
Puasa da dekat maka buat la persediaan awal sebelom mnjalani ibadah puasa yg akan tibe x lme lagy.Kite sptotnye mmbuat prsediaan awal trlebih dahulu sperti puasa sunat isnin dan khamis. Bukan itu sahaja kiter juge bole brpuasa sunat pada bulan rejab dan syaaban juga.Klo bulan rejab bole puasa satu bulan klo bulan syaaban pule ade had dy.Pd harii yg ragu2(hari syak) diharamkan brpuasa seperti pd hari terakhir syaaban.Jika kita telah biasa mengamalkan puasa sunat sblom ini,maka mudahlah kite mnjalani puasa Ramadan nnty.Jgelah pancaindera kiter serta nurani drpd terjebak dalam sebarang kemaksiatan.Seseungguhnya,ianya juga akan membatalkan puasa.Allah telah menurunkan ibadah puasa ini bukan sahaja ntuk menahan lapar dan dahaga,malahan ianya juga trdiri drpd pelbagai kebaikan iaitu: untuk memastikan ketakwaan kpd Allah.Seterunya, ia juga dapat melatih manusia bersabar dlm menghadapi kesusahan atau bencana,penderitaan dan juga cabaran2 hidup.Di samping itu, puasa juga dapat melatih manusia menjadi insan yang beramanah kerana tanpanya puasa akan menjadi batal dan tidak sempurna. Puasa juga dapat melahirkan perasaan insaf dan belas kasihan serta bertimbang rasa.

Hanya orang yang berpuasa dapat memahami atau mengetahui kesengsaraan orang miskin yang lapar dan dahaga. Melalui keinsafan ini, diharap seseorang Muslim itu sentiasa prihatin dan memberi bantuan serta sumbangan kepada golongan yang tidak berkemampuan.
Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah, akan dapat membentuk jiwa yang bersih, dapat menahan nafsu daripada melakukan sifat-sifat tercela dan sebagainya.
Demikian juga dari sudut kesihatan. Puasa dapat merehatkan perut dan membetulkan alat penghadam, mengurangkan kegemukan serta menghilangkan lemak di badan yang boleh menjauhkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya. Justeru, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Berpuasalah, nescaya kamu akan sihatâ€.
Hadis ini memberi gambaran yang nyata pada diri kita akan hikmah di sebalik syariat berpuasa. Para pakar perubatan bersetuju bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit terutamanya kegemukan yang menyebabkan timbulnya pula penyakit lain.
Maka puasalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu antara satu sama lain.
Sesungguhnya kesan lapar dalam perubatan adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan. Seorang pakar dari Barat menyatakan bahawa setiap orang perlu menjalani tempoh berpuasa walaupun tidak dikesan menghadapi sebarang penyakit. Ini kerana ia dapat membersihkan badan daripada racun-racun yang berkumpul dalamnya.
Dr. Hisyam Ibrahim aI-Khatib menjelaskan bahawa puasa juga memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman. Pengkajian ini diteruskan apabila didapati punca berlakunya penyakit-penyakit adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak terkawal atau lebih daripada kadar keperluan badan.
Amalan puasa yang disyariatkan oleh Allah terutamanya puasa Ramadan dapat menurunkan berat badan sehingga mencapai ke satu paras yang dikehendaki.
Jika ia diteruskan dengan pelaksanaan puasa sunat seperti berpuasa di bulan Rejab dan Syaaban seterusnya Isnin dan Khamis nescaya akan terpeliharalah tahap kesihatan seseorang bagi tempoh setahun.
Kesuburan lelaki
Pakar perubatan Islam iaitu Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz dari Arab Saudi membuat eksperimen terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki.
Eksperimen ini membuktikan puasa adalah satu cara yang amat berkesan menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan seperti mana berkesannya puasa dalam perkembangan bagi pertumbuhan badan seseorang. Daripada sudut kesuburan seorang wanita pula, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan.
Jelasnya, puasa dapat merehatkan sistem tubuh dan dapat mengelakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis dan kegendutan. Daripada sudut fizikalnya, puasa juga dapat merehatkan tubuh badan.
Secara tidak langsung, amalan-amalan buruk juga dapat dihakis sedikit demi sedikit. Contohnya membantu membasmi ketagihan merokok, dadah dan minuman keras yang boleh membawa kerosakan organ dalam badan.
Dua pengkaji Islam dari Syria dalam buku mereka yang berjudul al-Tib fi al-Quran al-Karim menerangkan kepada kita akan faedah berpuasa:
- Memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pemprosesan supaya berfungsi semula dengan berkesan.
- Merehatkan sistem penyahtinjaan daripada berfungsi berterusan.
- Rasa lapar dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa serta mendatangkan kecergasan badan dan kecerdasan minda.
4 ulasan:
wah..hebadd
mne ade setengah jerp tulis sndiri yg len cop paste jerp
ouh..da agak daaa
aq xde la rajen mne pon.....
Catat Ulasan